Ads 468x60px

Friday, December 7, 2012

Gula Batu Za'faran dan kelebihanya


Gula Batu Saffron adalah suatu produk yang sangat terkenal di Negara pengeluaran terbesar Saffron, seperti di Timur Tengah, Utara India dan Selatan Eropah. Gula batu ini diproses bersama Saffron dan ia juga ditambah dengan Herba Saffron supaya ianya lebih mudah dihidangkan.  Kerana itu, kalau kita lihat pada Gula Batu ini berwarna kuning dan ada helaian herba bewarna merah.

Gula Batu adalah pengganti kepada Gula Pasir dan ianya juga boleh memberi manfaat seperti mengurangkan batuk dan baik untuk kesihatan berbanding dengan Gula Pasir. 
Helaian bewarna merah yang dimaksudkan itu adalah Saffron.Ia adalah bahan utama untuk menjadikan produk ini sangat berkhasiat dan bernilai.
Za’faran/Saffron/Koma-koma
Saffron pula adalah sejenis pokok herba dari Loridacces dengan ketinggian 10 - 30 cm. Bunga Saffron mempunyai 3 kelopak bunga dan 3 kelopak daun yang berwarna unggu.  Fakta yang menarik untuk dikongsffron.
Filamen Saffron adalah stigma kering dari bunga tersebut hanya mempunyai 3 filamen stigma sahaja. Dan itu boleh menjangkau RM25,000 sekilogram.

“King of Spices” adalah gelaran yang diberikan kepada Saffron kerana nilai khasiat dan harga yang tinggi. Dan ia juga sangat baik untuk kecergasan minda. 

Dalam kitab    “ طب اللأمأم علي ”, m.s. 381, Saiyidina Ali (r.a) menyatakan:
من أخذ من الز عفر ان الخالص جزءا ومن السعد جزءا ويضاف اليهما عسل
 يشرب منه مثقلين في كل يوم فانه يتخوف عليه من شدة الحفظ أن يكون ساحر
 Maksudnya : “Sesiapa yang mengambil sebahagian Za’faran tulen dan Su’dun satu bahagian dicampurkan dengan asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir”.
Khasiat Saffron
Mengikut kitab-kitab perubatan islam. Saffron memberikan banyak khasiat dan Ia kaya dengan vitamin B1 & B2 (Riboflavin & Tiamin).
Khasiat utama Za’faran ialah merangsang pertumbuhan sel-sel otak manusia dan Menguatkan ingatan.
Khasiat Saffron mengikut perubatan islam dan sains

o   Membantu menyempurnakan proses penghadaman
o   Menguatkan ingatan
o   Merawat anemia
o   Mengawal tekanan darah dan kolestrol
o   Mengurangkan risiko serangan sakit jantung
o   Melancarkan pengaliran darah
o   Merawat penyakit saraf
o   Mengurangkan keletihan
o   Mengurangkan sembelit, bisa-bisa sendi
o   Membantu pertumbuhan akal dan fizikal bayi , kanak-kanak serta remaja
o   Sebagai Penenang diri
o   Perangsang tenaga batin & banyak lagi (di buat kajian oleh saintis barat)
o   Pengambilan secara tetap minuman ini pada setiap hari akan membolehkan tubuh untuk membina daya ketahanan menghadapi pelbagai penyakit seperti asma dan demam biasa
o   mengawal tekanan darah dan kolestrol, mengurangkan risiko serangan sakit jantung
o   Membina daya ketahanan menghadapi pelbagai penyakit seperti asma dan demam biasa


Cara Pengambilan
Mengikut banyak pengamal. Cara terbaik adalh dengan mengambil 6 Stigma (Filament) beserta 500ml air.Minum sekurang-kurangnya 2 kali, pada pagi dan malam waktu. Dan ia juga sesuai untuk ibu mengandung. Sebaik-baiknya adalah dengan diserta Bismillah dan selawat Nabi Muhammad s.a.w. Semoga Allah member manfaat apabila menggunakanya.

Fakta:
o   1Kilogram Saffron kering bersamaan dengan 170,000 kuntum bunga Saffron diperlukan
o   Juga digelar “Longgok Emas Gurun Pasir” kerana nilai harganya yang sangat mahal
o   Selain dadah, Saffron juga boleh membantu masalah tekanan jiwa. (depress) 
o   Saffron merupakan rempah/herba yang unggul sejak beribu tahun yang lalu



0 comments:

Post a Comment