Salam, hari ini saya mahu kongsikan satu resepi kegemaran saya "Kentang Bakar Daging" atau atau orang panggil burgerdel. Yang penting pastikan anda cuba yer :)
Bahan 1
1.Daging cincang (1 paket daging burger ramlee pun okay)
2.Bawang putih
3.Bawang merah
4.Oregano
5.Minyak masak
Bahan 2
1.Kentang 8biji
2.Daun sup
3.Bawang Goreng
4.lada Hitam
5.Garam
6.Gula
Cara penyediaan.
Bawang putih dicincangkan dan dimasukkan kedalam kuali dengan api kecil. selepas itu masukkan bawang merah yang dipotong dadu sehingga bau naik. Masukkan daging kedalam kuali dan gaulkan. pastikan api sederhana dan masukkan oregano tunggu sehingga dia masak. (pastikan jangan terlalu kering dn basah, dan pastikan ia benar-benar masak)
Proses kedua .Masukkan ketang yang telah direbus sehingga masak dan dibuang kulit dan leyekkan.Masukkan semua bahan 2 tadi dan gaulkan. Selepas itu, gaulkan dengan daing yang telah dimasak dan gaul sehingga rata.
kepalkan kentang daging itu mengikut bentuk yang anda mahukan. dan panggang menggunakan pemanggang ajaib. Pastikan jangan ditutup kerana kita mahu kentang itu kering. Selepas siap semua prosess, Kentang tadi boleh dihidangakan.
Selamat mencuba :)
Thursday, May 9, 2013
Saturday, May 4, 2013
Pemanggang Ajaib Generasi 2
Berita baik untuk penduduk Kluang m Johor. Kami kini hampir kepada anda. Hubungi wakil jualan yang berhampiran dengan anda "teman memasak anda"
Subscribe to:
Posts (Atom)